Sunday, December 23, 2012

Bekas Isteri Al-Sultan Kelantan, KDYMM Sultan Muhammad Ke-5

23.12.2012, Ahad - Tahukah anda siapakah gerangannya wanita ini.  Beliau adalah Kangsadai Pipitpakdee atau Tengku Zubaidah binti Tengku Norudin dari kerabat diraja Pattani, Selatan Thailand. Beliau adalah bekas isteri kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-5, Al-Sultan Kelantan sekarang. Pasangan ini berkahwin di Kota Baharu, Kelantan pada 15 November 2004 dan ada yang mengatakan perkahwinan ini diatur oleh Bonda Tuanku Muhammad, iaitu YMM Raja Perempuan Tengku Anis yang juga merupakan keluarga diraja Patani disebelah Ayahandanya, wallahualam bissawab. YMM Raja Perempuan Tengku Anis dan Ayahanda Tengku Zubaidah adalah sepupu.  Selepas berkahwin dengan Sultan Muhammad yang ketika itu bergelar Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra, beliau menggunakan gelaran Yang Teramat Mulia Tengku Ampuan Mahkota Kelantan Tengku Zubaidah binti Tengku Norudin. Walau bagaimanapun perkahwinan ini tidak bertahan lama dan beberapa tahun selepas perkahwinannya, Tengku Zubaidah tidak lagi dilihat dalam majlis-majlis rasmi di Kelantan.  Walaupun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung penceraian ini, umum mengatahui jodoh mereka sudah tiada lagi. Tengku Zubaidah dilahirkan pada 1974 di  Daerah Yaring atau  Jering dalam Wilayah Pattani, Selatan Thailand. Tidak diketahui dimana sekarang Tengku Zubaidah berada tetapi yang pastinya beliau telah kembali ke Thailand dan mungkin berada di Bangkok.

Dalam Kenangan :- Gambar ini diambil pada 29 November 2004 di Istana Balai Besar, Kota Baharu Kelantan sempena Majlis Pengisytiharan Menutup Kerja Perayaan Jubli Perak Pemerintahan Kebawah Duli yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra oleh Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan.

Sumber :- Koleksi Peribadi / Ulangtahun Keputeraan Sultan Kelantan Ke-55 / The Royalark

No comments: